Categories
NASIONAL

Kes Blackout 505 ditangguh 4 Ogos

PETALING JAYA 5 JUN: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan tarikh sebutan semula kes Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin 4 Ogos depan di atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram 25 Mei tahun lalu di Padang Dataran Armcorp Mall, di sini.

Hakim membuat keputusan bahawa perbicaraan Badrul atau Chegubard akan bergantung kepada keputusan kes seorang lagi ahli PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berhadapan pertuduhan sama.

blackout suara rakyat 505 01Pada 25 April lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya, Mei tahun lepas.

Namun pihak pendakwaraya mengemukakan kes di hadapan tiga panel hakim di Mahkamah Persekutuan bagi membuka kembali kes dakwaan terhadap Nik Nazmi lapor Sinar Harian.

“Panel hakim bersetuju untuk membuka semula kes terbabit dan menetapkan pendengaran semula kes pada Julai ini, sebarang keputusan mahkamah terhadap Nik Nazmi akan menjadi rujukan buat pendakwaan terhadap kes Chegubard,” kata peguam yang mewakili Badrul, Eric Paulsen.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana didakwa gagal memaklumkan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut dan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama dan jika disabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published.