Categories
SELANGOR

Kok Keong: Cungkil bakat baru usaha kembalikan Piala Thomas

SHAH ALAM 9 JUN: Sukar untuk diterima peminat sukan badminton negara apabila peluang terbaik bagi membawa pulang semula Piala Thomas terlepas.

Lebih mengecewakan apabila misi menjuarai Piala Thomas selepas 22 tahun itu dinoktahkan oleh pasukan bukan pilihan, iaitu Jepun.

pialathomas1992Bagaimanapun di sebalik kekecewaan itu, bekas jaguh badminton negara, Foo Kok Keong yakin dan percaya masih ada sinar dalam sukan badminton Malaysia.

“Pemain kita sudah mencuba. Mereka bermain dengan baik tetapi malangnya pemain Jepun bermain lebih baik.

“Memang mengecewakan tetapi jangan berhenti mengharap, masih ada peluang lagi. Kerja keras dan perbaiki kelemahan,” kata Kok Keong ketika ditemubual Selangor Kini di Kelab Shah Alam di sini, baru-baru ini,

Tambah Kok Keong, usaha membangunkan sukan badminton perlu perlu digandakan oleh semua pihak terlibat termasuk usaha mencari bakat-bakat baru.

“Anak-anak muda yang berminat perlu kerja keras dan dapatkan bimbingan jurulatih yang betul.

“Bakat baru juga perlu diasah seawal yang mungkin. Lagi awal lagi baik. Mungkin dari umur lima tahun sudah boleh diajar memegang raket,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.