Categories
SELANGOR

Nelayan setuju zon semula kawasan tangkapan Pantai Barat Semenanjung

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 6 JUN: Komuniti nelayan tradisi Tongkah, di sini, sebulat suara menyatakan persetujuan dengan usaha pengezonan semula kawasan penangkapan ikan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Langat, Mohd Jaman Haris, 47, berkata inisiatif yang diambil Jabatan Perikanan Malaysia itu memang dinantikan sekian lama golongan nelayan tradisi terbabit.

Katanya, segala sumber perikanan pesisiran pantai dan pencerobohan vesel pukat tunda dapat ditangani dengan adanya program pengezonan berkenaann.

IMG_2866a“Jika tidak, pukat tunda akan memasuki zon A kawasan nelayan tradisi dan mengambil hasil anak ikan kecil yang kebiasaannya hanya akan dijadikan ikan baja.

“Ini akan menjejaskan sumber ikan itu sendiri, bahkan terdapat beberapa spesis seperti ikan membiang dan senunggang yang kini tidak lagi dapat ditemui.

“Kalauj umpa ikan ini lagi, ibarat kami berjumpa emas dan pasti tidak akan jual,” katanya yang juga Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor.

Beliau ditemui selepas majlis penerangan program pengezonan kawasan penangkapan ikan bersama nelayan tradisi di Jeti Nelayan Kawasan Tongkah, di sini, hari ini.

IMG_2870aHadir sama dalam perjumpaan itu adalah Penolong Pegawai Jabatan Perikanan Selangor, Mohd Fazlan Abdul Ghani dan Pegawai Perikanan Kuala Langat, Zainal Abidin Mohd Sukiman.

Program pengezonan yang pertama kali diadakan itu membabitkan lima zon iaitu Zon Konservasi (0 hingga 1 batu nautika), Zon A (1 hingga batu nautika), Zon B (8 hingga 15 batu nautika), Zon C (15 batu nautika hingga sempadan Zon Ekonomi Eksklusif) dan Zon C3 (Lautan Hindi).

Untuk daerah Kuala Langat, terdapat kira-kira 800 nelayan tradisi dan sembilan buah bot pukat tunda yang diusahakan nelayan.

en kasahDengan pengezonan semula, nelayan pukat tunda kini tidak lagi dibenarkan memasuki kawasan Zon A yang hanya boleh diterokai nelayan tradisi yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan kecil.

Selain Selangor, pengezonan semula kawasan penangkapan ikan turut dilaksanakan di tiga negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah, bermula 1 Jun lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.