Categories
NASIONAL

Noh Omar tak boleh terima hakikat Selangor di bawah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar menjadikan sesi perbahasannya untuk menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perbahasan ahli parlimen BN itu dibidas oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana ia tidak menjurus kepada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

noh-omarMenurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perkara yang menyentuh dasar Kerajaan Selangor sepatutnya dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukannya di Parlimen.

Bahkan katanya, tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang terbabit sekali gus menafikan penglibatan Adun BN di dalam DUN Selangor.

“Kenapa tidak sahaja YB dedahkan perkara atau fakta yang ada kaitan dengan kerajaan Selangor di DUN. Di sini kita membincangkan soal dasar Kerajaan Persekutuan.

“Tindakan ini seolah-olah Tanjung Karang tidak percaya kepada Adun-Adun BN di DUN Selangor,” katanya dipetik Harakah Daily.

Suasana bertambah gamat apabila Khalid berkata Ahli Parlimen Tanjung Karang itiu tidak boleh menerima hakikat bahawa Kerajaan Selangor masih di bawah Pakatan Rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin bangun mencelah dan menyifatkan pendedahan Tanjung Karang telah menafikan hak Kerajaan Selangor untuk menjawab.

“Kita tidak ada Exco kerajaan untuk jawab pendedahan Tanjung Karang. Kenapa tidak dedahkan dalam sidang DUN? Kenapa Selangor, kita bincang di Parlimen?

“Adakah kerana sukar untuk pelaburan asing atau pelaburan Umno? Sebab menyukarkan Umnolah, meroyan semacam sahaja,” bidas Hanipa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.