Categories
NASIONAL

‘Menteri Tanpa Tugas’ bebankan wang rakyat

SHAH ALAM 27 JUN: Pembesaran kabinet yang diumum Perdana Menteri hanya menambah bilangan ‘Menteri Tanpa Tugas’, terutama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini memiliki sepuluh Menteri.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, berkata Malaysia kini memiliki Menteri di JPM paling banyak dalam sejarah, bertambah dari lapan kepada sepuluh.

BN-umno-memerintah-grafikImplikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi menggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta setahun.

“Wee dan Mah akan mendapat pejabat, kereta, pegawai dan kelebihan lain namun mereka tidak ada portfolio untuk dijaga.

“Mungkin kerajaan boleh pelopori jawatan kabinet baru iaitu Menteri Tanpa Tugas,” kata Kit Siang dalam kenyataan media.

Tambahnya, pelantikan Wee dan Mah ke dalam ‘gerombolan’ Menteri di JPM hanya menambah kekeliruan berhubung tugas dan fungsi masing-masing.

Malah sehingga kini, selepas Pilihanraya Umum ke-13, masih banyak kekeliruan berhubung tugas sebenar lapan menteri sedia ada di JPM.

“Najib sendiri masih tidak tahu apa tugas yang akan diberikan kepada mereka,” kata Kit Siang.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pertambahan kabinet itu adalah langkah membebankan rakyat kerana jumlah peruntukan bertambah dan bajet defisit tahun hadapan dijangka terus meningkat.

Pembesaran kabinet Kerajaan Pusat membuktikan kelemahan pentadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya menukar menteri sedia ada yang tidak mencapai Petunjuk Indeks Prestasi (KPI).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.