Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 JUN: Veteran PKR, Dr Syed Husin Ali akan memulakan tugas sebagai ketua pasukan siasatan kes rasuah berprofail tinggi dalam Pemilihan PKR 2014 sebaik sahaja pulang dari luar negara dalam masa terdekat.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata siasatan yang melibatkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar itu akan dimulakan dengan mengumpulkan semua maklumat kes berkenaan.

Pemilihan 2014“Biro Politik setuju lantik Dr Syed Husin untuk mulakan siasatan tetapi sekarang saya difahamkan Dr Syed Husin berada di luar negara.

“Kami juga sudah mendapatkan persetujuan beliau,” kata Dr Kee Kwong ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Dr Kee Kwong, Dr Syed Husin yang juga bekas Timbalan Presiden itu merupakan satu-satunya lantikkan baru bagi mengendalikan siasatan itu.

Sebelum ini, Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin dalam aduan bertulisnya kepada Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR, mendakwa terdapat cubaan merasuah pengerusi JAP oleh individu yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Badrul Hisham percaya perbuatan merasuah itu dilakukan bagi pihak seorang ketua kem yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.