Categories
NASIONAL

Pemilihan semula PKR Selangor mulai 15 Jun, sewa dewan Kerajaan Negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 11 JUN: Pemilihan semula bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 bagi cabang Selangor akan bermula pada 15 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata pemilihan semula akan diadakan di dewan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor yang disewa PKR.

“Kita memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyewa kemudahan yang lebih selesa. Kita sudah menulis surat untuk membayar upah pengawal keselamatan di bawah Kerajaan Negeri selain kawalan keselamatan yang kita sendiri sediakan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

johari abdul parlimen 01Cabang di Selangor yang akan mengadakan pemilihan semula itu adalah Klang membabitkan semua peringkat pemilihan dan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, manakala cabang Sabak Bernam di Dewan Dato Hormat, Tanjung Karang.

Bagi cabang Kapar pula bakal berlangusng di Dewan Sungai Pinang, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Batu 2 1/2 Jalan Kapar dan cabang Shah Alam bertempat di Dewan Melati, Jalan Plumbum, Seksyen 7.

Sementara itu cabang Kota Raja pula di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas dan cabang Petaling Jaya Selatan di Kompleks Sukan Arena Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Johari berkata, tarikh pemilihan semula bagi cabang lain akan diumumkan di laman rasmi PKR sebaik sahaja beberapa isu teknikal diselesaikan.

pemilihan 2014Katanya, cabang Shah Alam membabitkan tambahan masa selama dua jam untuk hari kedua pengundian berbeza dengan cabang lain yang mengadakan pemilihan semula.

“Bagi cabang Shah Alam, masa tambahan ini diberikan kerana pada pemilihan sebelum ini masa undian ditutup lebih awal. Jadi, kita tambah masa iaitu jangkaannya dua jam dan hanya mereka yang belum mengundi sahaja dibenarkan mengundi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.