Categories
SELANGOR

Perlu guna air lombong jika ada masalah bekalan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 19 JUN: Bekas Exco Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri untuk menggunakan sumber alternatif air lombong untuk dijadikan bekalan.

Katanya, pada masa sama Kerajaan Negeri perlu memberi keyakinan kepada rakyat melalui pendedahan hasil kajian kualiti sumber air itu.

Xavier berkata, banyak pertikaian daripada pelbagai pihak ketika ini dan pendedahan hasil kajian itu perlu dilakukan.

empangan kini“Jika perlu dan ada masalah bekalan air, kita boleh gunakan air lombong. Tetapi, saya minta Kerajaan Negeri berikan penjelasan dan sifatkan hasil kajian.

“Saya juga bersetuju dengan langkah alternatif itu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke tapak projek mitigasi banjir, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pertikaian langkah itu juga dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, Ahli Parlimen itu perlu berbincang dengan jabatan dan pihak terbabit berhubung isu berkenaan.

xavier 2Katanya, hal itu kerana Lembaga Urus Air Selangor, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Tenaga dan Air juga bersetuju dengan langkah itu.

“Malah, cadangan menggunakan sumber alternatif itu tidak memberi kesan kepada pengguna dan selamat untuk digunakan. Oleh itu, beliau perlu berbincang dengan pihak terbabit dalam isu ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.