Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: 3 lagi dipecat terlibat insiden kekasaran

SHAH ALAM, 19 JUN: PKR memecat tiga lagi ahlinya selepas didapati terlibat dengan insiden kekasaran terhadap seorang ahli lain di Sabak Bernam pada 13 Mei lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR kelmarin yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dibentangkan Lembaga Disiplin parti itu.

Pemilihan 2014“Lembaga Disiplin PKR meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota,” kata Kee Kwong dalam satu kenyataan medianya.

Mereka yang dipecat, Mohammad Ali Othman dari Cabang Sabak Bernam selepas didapati melakukan tindakan kekasaran terhadap seorang anggota parti pada 13 Mei lalu.

Dua lagi turut dipecat, Md Zaidin Md Zaini dari Cabang Sabak Bernam dan Lim Chee Hoe @ Didi Lim dari Cabang Sungai Besar kerana bersubahat dengan Mohammad Ali bin Othman dalam insiden sama.

Chee Hoe juga dituduh terlibat dengan tindakan keganasan sewaktu proses pemilihan Cabang Sabak Bernam pada 11 Mei.

Mohammad Ali dan Md Zaidin turut enggan hadir sesi pendengaran Lembaga Disiplin.

Sementara itu tiga yang lain, Saminathan a/l Kitchan dari Cabang Kelana Jaya, Muhammad Faizul Osman dan Jayamalah a/p S.Andi masing-masing dari Cabang PJ Selatan diberikan amaran keras.

Ketiga-tiga mereka didapati menganggu proses pengundian ketika pemilihan dilangsungkan di cabang masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.