Categories
NASIONAL

Presiden PAS makin pulih, terima kunjungan Yussof Nada

SHAH ALAM 5 JUN: Sejak dipindahkan ke wad biasa kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai pihak.

Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.

10417804_641030242648764_3790826364925544340_nHarakah Daily melaporkan Abdul Hadi juga dikunjungi bekas Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan dan dihubungi sendiri oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob juga turut menziarahi beliau.

Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.

Beliau bagaimanapun dipindahkan ke wad biasa kelmarin selepas kesihatannya beransur pulih.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut berada bersama Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu, doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh.

“Keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, di mana pihak doktor juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan kesihatan beliau benar-benar pulih sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook Abdul Hadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.