Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin rasmi Menara Worldwide, mercu kebanggaan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merasmikan Menara Worldwide yang menjadi mercu tanda kebanggan negeri itu, di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Kesudian Sultan Sharafuddin mencemar duli bagi merasmikan bangunan itu mencerminkan keprihatinan baginda terhadap usaha memacu kelestarian ekonomi Selangor keseluruhannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mercu tanda setinggi 25 tingkat yang memiliki pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mampu menarik minat pelabur dalam dan luar negara.

resizeB“Lokasi menara ini yang terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan Menara Worldwide antara edisi bangunan pencakar langit terbaru yang dikelilingi barisan pusat perniagaan dan komersial serta menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

“Menara Worldwide juga mendapat nilai tambahnya apabila menerima status Pusat Siber Malaysia (MSC) sebagai lokasi yang menawarkan infrastruktur bertaraf antarabangsa dan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Ini bagi menarik pelabur yang dijangka turut membantu perkembangan industri ICT tempatan,” katanya ketika mempersembahkan ucapan alu-aluan kepada Sultan Sharafuddin di majlis perasmian menara itu.

Katanya, sehingga kini 72 peratus daripada keluasan 275,800 kaki persegi Menara Worldwide sudah dipenuhi penyewa syarikat terkemuka dalam dan luar negara yang dibangunkan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings Bhd dan dimiliki sebuah lagi anak syarikat PKNS, PKNS Real Estate Sdn Bhd.

resizeCAbdul Khalid berkata, menara yang menelan belanja RM150 juta itu juga menawarkan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi dan konsep ‘alfresco’ di ruangan terbuka kawasan podium, manakala nilai semasa aset yang memberi pulangan tinggi kepada PKNS itu dianggar bernilai kira-kira RM300 juta.

Menara itu antara satu lagi pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur yang mula dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada 2011.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.