Categories
SELANGOR

UNISEL menuju 30 peratus penggunaan ICT, galak pelajar ke luar negara

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) akan mempertingkatkan kemampuan teknologi makulmat dan komunikasi (ICT) dalam usaha mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan.

Naib Canselornya, Profesor Dr Anuar Ahmad, berkata perancangan itu juga selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem ‘fibre optik sendiri.

Katanya, sistem rangkaian UNISEL dan Selangor akan menjadi lebih murah, cepat dan bebas daripada kawalan penyedia rangkaian yang mahal dengan pelaksanaan itu.

anuar UNISEL pc 01“Kerajaan Pusat mensasarkan bahawa menjelang 2015 setiap universiti kena ada 30 peratus penggunaan ICT termasuk bahan pengajaran. Jadi, kita sudah bawa kepada Kerajaan Negeri untuk luluskan peruntukan bagi mengadakan kemudahan ICT di UNISEL,” katanya.

Beliau ditemui baru-baru ini ketika majlis perasmian Persidangan Antarabangsa ‘Engaged Learning’ dan Maklumat untuk Pembangunan Teknologi (CITD) Kurikulum Universiti di Hotel Concorde, di sini.

Mengulas perkembangan lain, Anuar berkata, UNISEL juga kini giat mengadakan program pengantarabangsaan pelajar dalam kursus tertentu.

unisel 03“UNISEL menghantar pelajar kita untuk buat praktikal di luar negara supaya mereka tidak kekok apabila bekerja di luar atau di peringkat antarabangsa.

“Kita juga memberi sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti pensijilan rangkaian yang dikeluarkan sebuah badan profesional antarabangsa. Jadi, tidak hairan apabila semua lulusan ICT kita mendapat kerja walaupun masih belum habis pengajian,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.