Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 24 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar,” katanya.

mbAbdul Khalid berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.

Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberitahu PAS dan DAP akan membawa cadangan PKR bagi menggantikan Abdul Khalid kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.