Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: ADUN Paya Jaras anjur program santai Piala Dunia

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUNGAI BULOH, 14 JULAI: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras awal pagi tadi menganjurkan program santai menonton perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina bersama masyarakat di kawasan terbabit.

Program yang dinamakan Skrin Gergasi Final World Cup bersama ADUN kawasan berkenaan, Mohd Khairuddin Othman itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 penduduk setempat.

Khairuddin berkata, program itu dianjurkan bagi merapatkan hubungan Pejabat ADUN dengan masyarakat setempat Paya Jaras.

fifa-world-cup-2014-kabarevent“Final Piala Dunia memang dinantikan tak mengira lapisan umur.

“Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyantuni masyarakat Paya Jaras, khususnya golongan anak muda di sini,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Selain menonton perlawanan bola, program itu turut diselitkan dengan acara cabutan bertuah, makan durian serta jamuan ringan.

Pada masa sama, Khairuddin mengambil kesempatan mengedarkan ‘key chain’ yang tertera nombor telefon beliau.

Khairuddin Othman ADUN Paya Jaras“Pada key chain ini ada tertera nombor telefon saya. Kalau nak buat aduan ke atau nak hentam pun boleh, sila telefon saya,” katanya.

Untuk edisi Piala Dunua kali ini, pasukan Jerman berjaya menundukkan Argentina 1-0 melalui jaringan Mario Gotze tujuh minit sebelum masa tambahan berakhir.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.