Categories
NASIONAL

Anwar & Azizah santuni rakyat di bazar Ramadan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JULAI: Senggang hujung minggu dimanfaatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertemu rakyat di kawasan masing-masing dengan berkunjung ke bazar Ramadan.

Melalui laman rasmi Facebook, Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh meluangkan masa menziarahi dan beramah mesra pengunjung di bazar Ramadan di Kubang Semang sambil ditemani Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahadin.

AnwarSelain itu, beliau turut bersama komuniti Sungai Lembu bagi melihat dengan lebih dekat perusahaaan madu kelulut serta bersama masyarakat Cina di Berapit.

Katanya, hanya sikap saling menghormati di antara pelbagai kaum dan toleransi yang dapat menjamin negara ini aman dan makmur.

Anwar turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kampungg Setol Prai’ sebelum menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah bersama qariah Masjid Taman Guar Perahu.

Beliau turut menyampaikan tazkirah ringkas yang mengupas tentang kekejaman Israel ke atas anak-anak Palestin.

“(Kita) tuntut dunia Islam agar lebih jujur dan serius dalam menangani isu Israel-Palestin,” kata Anwar.

Sehari sebelum itu, Anwar berkunjung di Bazaar Ramadan di Masjid Perda selain meluangkan masa menonton perlawanan Suku Akhir Piala Dunia di antara pasukan Jerman dan Perancis di De Pauh Garden

Sementara itu, Wan Azizah selaku Adun Kajang bertemu penduduk Kajang ketika menziarahi Bazar Ramadhan Taman Mesra, Kajang.

AzizahBeliau kemudiannya berbuka puasa di di Masjid Kampung Sungai Sekamat, Kajang selain meninjau keadaan jambatan yang sudah usang di kawasan berkenaan dan menyerahkan sumbangan Ramadhan untuk masjid dan surau.

Wan Azizah pula menunaikan solat Isyak dan terawih secara berjemaah bersama rakyat di Surau al-Falah, Kampung Bukit Dukung, Kajang.

Dalam tazkirah ringkasnya, beliau mengajak semua jamaah menjaga kebersihan diri dan jiwa dan berdoa supaya semua pihak dijauhkan dari sebarang keburukan.

“Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita. Moga Ramadan ini kita lebih dekat kepada-Nya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.