Categories
NASIONAL

Anwar: Dalang tembak MH17 perlu diseret ke mahkamah antarabangsa

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Malaysia meneruskan desakan terhadap pihak antarabangsa untuk membawa dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 ke mahkamah antarabangsa.

Bercakap dalam sesi perbahasan Khas Dewan Rakyat mengecam serangan terhadap MH17 Anwar berkata, dalam keadaan sukar ini beliau memahami tindakan yang perlu diambil kerajaan demi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

1405860658056.cachedAnwar menyokong tindakan kerajaan yang berunding bersama puak pemisah dalam usaha mendapatkan akses penuh terhadap lokasi kejadian dan gencatan senjata di sekeliling kawasan kejadian MH17.

“Saya memilih untuk memahami dan sokong sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga kepentingan rakyat terkorban.

“Saya fikir tiada jalan keluar melainkan merujuk kepada kumpulan pemisah yang mnjaga kwsan berkenaan,” katanya yang turut menyokong usul di Dewan Rakyat.

Jelas Anwar, beliau akan memantau segala usaha kerajaan untuk mendesak pihak antarabangsa dan beliau turut menggesa pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Anwar dalam ucapannya turut menyampaikan ucapan takziah kepad Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kehilangan nenek tiri dalam kejadian berkenaan.

Dalam sesi perbahasan usul mengecam serangan terhadap pesawat MH17, Seramai 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan 12 Ahli Parlimen Barisan Nasional dipilih untuk berbahas.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Usul Khas penuh boleh KLIK di sini

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.