Categories
NASIONAL

Bukan Islam bantu Ustaz Azhar, lepas masjid halang kuliah

SHAH ALAM, 5 JUL: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus, berkata terdapat pihak menyediakan lokasi untuk beliau mengadakan kuliah termasuk daripada bukan Islam walaupun ada larangan yang menghalangnya melakukan aktiviti itu di masjid dan surau.

“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar yang siap segera dibersihkan ketika kuliah ingin diadakan walaupun tapak itu sebelumnya digunakan menyimpan jentera bagi kerja berat. Pemilik bukan Islam itu beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

uai“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Katanya, ketika di Kulai, Johor pula, sejak awal lagi surat tdihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau sebelum aktiviti itu diadakan.

Ekoran itu, seorang bukan Islam bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.

“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.