Categories
SELANGOR

Derma segenggam beras pada masjid, peluang masyarakat laksana kebajikan

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor diseru untuk turut serta dalam menjayakan program kebajikan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata usaha itu tidak seharusnya dilakukan melalui wang ringgit tetapi boleh hadir dalam bentuk lain.

Antaranya, Kerajaan Negeri menggalakkan masjid melaksanakan program dapur berpusat (central kitchen) bagi menyediakan makanan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Rodziah-Anak-Yatim-3“Melalui program ini, penduduk dikehendaki menderma hanya segenggam beras kepada masjid dan dengan hasil yang terkumpul boleh digunakan bagi memasak untuk golongan yang memerlukan.

“Jadi, sesiapa yang tidak mempunyai makanan, mereka boleh datang ke masjid untuk makan sambil mendekatkan diri kepada Allah.

“Ini sangat berbeza dengan Kerajaan Pusat yang bertindak mahu menyaman pemberi sumbangan,” katanya dalam satu majlis ramah mesra bersama rakyat, semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan raya kepada 200 penerima dari Daerah Petaling dalam majlis yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman bertempat di Masjid Jamiul Ehsan di Kampung Kubu Gajah, di sini.

anak yatim murid 29 julai 02Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut menggalakkan orang ramai untuk mendermakan harta atau barangan terpakai bagi disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

“Seperti di Paya Jaras ini, ada pusat pakaian, yang mana mana orang boleh beri pakaian terpakai dan mereka yang memerlukan pakaian hanya perlu datang ambil sahaja.

“Perkhidmatan ini juga ada di tempat lain, kita galakkan orang ramai turut serta kerana ia turut mengelakkan pembaziran,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.