Categories
NASIONAL

Hamas setuju genjatan senjata 5 jam hari ini

SHAH ALAM, 17 JULAI: Israel dan Hamas akan mengadakan gencatan senjata lima jam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memasuki Semenanjung Gaza.

Seorang pegawai PPB dilaporkan memberitahu Al Jazeera bahawa pertubuhan itu meminta Israel menghentikan serangan selepas serangan udara terhadap wilayah kecil terus berpotensi mewujudkan krisis kemanusiaan yang besar, pada 16 Julai lalu.

Israel memutuskan menghentikan operasi dan serangan antara jam 01:00 (0700 GMT) dan 15:00 (1200 GMT,) manakala Hamas pula antara 10:00 am (0700 GMT) hari ini.

gaza1Sekurang-kurangnya 223 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,600 tercedera dalam dalam pengeboman sembilan hari Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Hospital di sana sudah kekurangan bekalan ubat dan Palang Merah memberi amaran kekurangan bekalan air serius.

Pengeboman terbaru berlaku setelah cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir gagal.

Kerajaan negara itu meminta Israel dan Hamas menghentikan serangan pada pagi 15 Julai lalu dan menghantar wakil masing-masing ke Kaherah untuk membincangkan syaratnya.

gaza3Memetik Malaysia Kini, kabinet Israel bersetuju tetapi Hamas yang mendakwa tidak pernah dimaklumkan berhubung cadangan itu menolaknya dalam “bentuk yang sedia ada”.

Jet Israel terus membedil Gaza pada petang 15 Julai lalu selepas enam jam aman, manakala pejuang di Gaza melancarkan lebih 60 roket ke Israel pada 16 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.