Categories
NASIONAL

Kemeriaan Aidilfitri, penderitaan rakyat di Gaza jangan dilupai

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sambutan Aidilfitri di negara ini kebiasaannya berlangsung meriah sejurus tibanya bulan mulia Ramadan dan suasana makin hangat menjelang 10 malam terakhir.

Lokasi seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Jalan Masjid India sudah pastinya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara untuk membeli belah.

Warga kota sudah pastinya akan bersesak di lebuhraya menuju ke destinasi halaman masing-masing sehingga mengakibatkan perjalanan memakan masa lebih daripada kebiasaan.

10580023_758877944153714_5770116902554277006_nNamun disebalik kemeriahan dan kegembiraan yang kita lalui, suasana berbeza menyelubungi penduduk negara bergolak Palestin yang kini sedang bertarung nyawa mempertahankan tanah air tercinta.

Bumi Gaza bermandikan darah sejak minggu pertama Ramadan dengan mengorbankan ramai nyawa kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis yang sentiasa memilih bulan Ramadan untuk membuat serangan.

Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, dalam keadaan serangan yang dilancarkan rejim Zionis masih belum reda, sudah pastinya rakyat Gaza tidak membuat sebarang persiapan menyambut Aldilfitri ditambah dalam keadaan yang menyukarkan mereka untuk keluar rumah.

10496142_820764804609453_6167058382260708496_o“Tidak ada persiapan kerana tidak boleh keluar rumah. Kalau perang tidak tamat tidak ada raya,” katanya dalam satu temubual khas kepada Selangor Kini.

Secara lazim katanya, suasana Ramadan lebih meriah berbanding sambutan Aidilfitri di Gaza.

Namun, budaya membeli belah dan membuat persiapan Aidilfitri tidak ditinggalkan dan kanak-kanak merasakan keterujaan untuk menyambut kemeriahannya.

Katanya, setiap kanak-kanak lelaki akan membeli senapang dan bermain kejar-kejaran di jalanan.

“Lazimnya Ramadhan lebih meriah dari Raya (Aidilfitri) di sini.

“Tetapi situasinya kanak-kanak akan keluar ke jalan raya bermain, ziarah, baju baru dan membeli senapang mainan bermain tembak-tembak.

“Setiap kanak-kanak lelaki akan beli senapang dan berkejaran sesama mereka,” katanya.

Bagi penuntut tahun dua Ijazah kedua Syariah Universiti Gaza ini, Aidilfitri kali ini bakal disambut di bumi jihad Palestin memandangkan situasi sekarang tidak menunjukkan sebarang petanda serangan akan reda.

“Ya, saya bakal beraya disini walaupun keadaan tidak menampakkan akan ada sambutan raya.

“Semua muslim ada cita-cita untuk syahid dan keluarga reda,” kata beliau lagi.

Selain bergiat menuntut ilmu, Muhammad Nadir turut membantu Gaza melalui NGO From Gaza With Love dan NGO-NGO lain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.