Categories
NASIONAL

Kerajaan China larang umat Islam Xinjiang berpuasa

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 JUL: Kerajaan Komunis China mengeluarkan arahan melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang yang beragama Islam berpuasa.

Memetik portal Al Arabiya News, larangan itu mula dikeluarkan laman web kerajaan China, semalam (2 Julai).

uighurEkoran arahan itu, Stesen radio Bozhou dan University TV turut menguatkuasakan larangan berkenaan di kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah komuniti Islam itu.

Biro Cuaca di wilayah Qaraqash di kawasan barat Xinjiang juga mengikut jejak sama dengan mengatakan tindakan larangan puasa dikuatkuasakan selaras dengan arahan pihak atasan.

Larangan itu bagaimanapun diselar barisan pimpinan Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar.

133149_muslimbeijing“Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang. Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutama ketika Ramadan ini,” selar jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit

Sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan China menguatkuasakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.