Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Keringat ekonomi umat Islam Xinjiang diperas, perhambaan moden berlaku

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 JULAI: Perhambaan moden terus berlaku setiap hari ke atas etnik umat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang, malah ada di kalangan mereka yang terkorban kerana dipaksa melakukan kerja berat.

Exco Undang-undang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail, berkata sumber ekonomi yang dimiliki di Xinjiang juga tidak dapat dinikmati kaum Uyghur, sebaliknya mereka dikerah untuk mengutip hasil berkenaan bagi manfaat kerajaan China.

China Protest“Ada kem pekerja (labour camp) diwujudkan di sana bagi tujuan perhambaan moden yang mengerah etnik Uyghur ini melakukan kerja berat seperti mengangkat batu atau memecahkan gunung.

“Ia masih berlaku dan hampir setiap hari ada yang akan meninggal dunia,” katanya kepada Selangor Kini.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Raimi AB Rahim, berkata kuasa veto yang diamalkan Kerajaan China dalam pemerintahannya menyekat pihak lain dari negara luar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap penindasan yang berlaku ke atas umat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang.

Raimi berkata kebiasaannya badan yang mahu memperjuangkan nasib Uyghur sedar bahawa mereka terpaksa membataskan setiap bantahan yang ingin dilakukan berikutan China semakin berkuasa.

“Kalau kita bincang isu keselamatan, China mengamalkan kuasa veto jadi apa yang sangat boleh dilakukan oleh pihak luar sama seperti yang berlaku di Palestin apabila Amerika Syarikat mengamalkan kuasa veto.

“Ini adalah politik dunia dan saya percaya mana-mana kerajaan sekalipun ada percaturan sendiri dan berhati-hati dengan China,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.