Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Umat Islam Xinjiang dihalang miliki mahkamah syariah, kutip zakat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 JULAI : Penduduk Uyghur yang menetap di Xinjiang adakalanya terpaksa menggunakan kaedah korupsi atau sogokan wang untuk meneruskan kehidupan sebagai orang Islam di wilayah itu tanpa berdepan risiko ditangkap atau dipenjarakan.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Raimi AB Rahim, berkata pihak berkuasa di China sentiasa mengawal kebebasan beragama dan memantau pergerakan mana-mana individu yang disyaki cuba melanggar peraturan yang ditetapkan.

uyghur1Beliau berkata kebimbangan dan kekhuatiran kerajaan China untuk memberi mandat dan hak kepada rakyat Uyghur yang beragama Islam dipercayai mempunyai kaitan dengan kepentingan politik.

“Sistem di sana adalah di bawah kawalan militari, tidak jauh bezanya dengan apa yang kita lihat berlaku di selatan Thailand.

“Mereka (pihak berkuasa) tidak mengamalkan dasar tunggu di masjid untuk tangkap orang yang salah tetapi mereka mengawal kebebasan beragama dan memantau setiap pergerakan, maka semua perlanggaran akan dapat dihidu dan dilaporkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bercerita lanjut, Raimi berkata kaum Uyghur sebelum ini dibenarkan untuk memiliki Mahkamah Syariah sendiri, boleh mengutip zakat serta membangunkan tanah wakaf, namun kesemuanya diharamkan setelah negara mereka dijajah oleh Komunis China.

Katanya kesemua hak milik dan keisitimewaan itu kemudiannya dirampas sekaligus menjadi detik awal bagi masyarakat Uyghur dipinggirkan serta ditindas.

“Sepanjang era penjajahan, mereka tidak dibenarkan memiliki tanah wakaf dan mengutip zakat manakala Mahkamah Syariah dihapuskan (dalam bentuk institusi), tetapi dalam bentuk kehidupan seharian semua rukun Islam menjadi larangan kepada kelompok tertentu,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.