Categories
SELANGOR

MB: Hormati institusi raja, hormat menghormati

SHAH ALAM 27 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan sebagai peneraju Kerajaan Negeri yang terkaya dan termaju, rakyat diseru supaya menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang.

Abdul Khalid berkata, berdasarkan situasi di negeri Selangor yang penduduknya berbilang kaum dan berbilang agama, di kesempatan ini beliau menyeru setiap warga negeri ini supaya bersikap hormat menghormati, bersikap adil dan tidak menghina adat dan sembahan keturunan atau agama masyarakat lain.

“Diharap agar amalan kunjung mengunjung pada hari-hari perayaan kaum perlu dijayakan oleh rakyat Selangor.

MB dan Sultan berbuka puasa di Masjid di Assam Jawa (3)“Mudah-mudahan amalan begini dapat mewujudkan kefahaman yang mampu menghindar sikap prasangka atau perbuatan ‘menghina’ adat dan perlakuan agama dan budaya kaum lain,” kata Abdul Khalid dalam Perutusan Aidilfitri.
Abdul Khalid berkata pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya. Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat dan negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor merakamkan salam takziah kepada ahli keluarga, rakan serta kenalan para penumpang dan anak kapal MH17 dan tidak lupa juga penumpang dan anak kapal MH370.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan para penumpang serta anak kapal. Dan kita berdoa semoga Roh mereka dirahmati Tuhan,” kata Abdul Khalid.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLKatanya, sebagai menghormati mangsa-mangsa tragedi ini, Kerajaan Selangor membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Ini sebagai tanda Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor turut berkongsi kesedihan dan kedukaan yang diratapi anggota keluarga dan rakan mangsa tragedi MH17 dan MH370,” kata Abdul Khalid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.