Categories
NASIONAL

MH17: Kerajaan Malaysia patut lebih tegas tangani krisis, kata Anwar

SHAH ALAM 22 JULAI: Kerajaan Malaysia perlu lebih tegas menangani tragedi pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak kerana insiden malang itu melibatkan kepentingan negara dan nyawa rakyat terkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengecam tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.

“Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia,” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.

Anwar juga menggesa kerajaan bersikap lebih tegas dalam memastikan keselamatan ruang udara dan tempat nahas.

Anwar“Kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tiada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.

“Jadi harus ada sikap lebih tegas,” kata Anwar.

Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.