Categories
NASIONAL

MH17: Malaysia tuntut siasatan menyeluruh, bawa penjenayah kemanusiaan ke mahkamah

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini membentangkan usul mengecam serangan terhadap pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boieng-777, MH17 yang ditembak di Ukraine Khamis lalu.

Usul ini dibentengakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANE“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa supaya siasatan terperinci dilajukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Dewan juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa MH17 yang telah terkorban dalam insiden berkenaan selain dewan bertafakur selama seminit.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.