Categories
SELANGOR

MPK: Tindakan tegas premis perniagaan bina struktur pepulau atas tanah rizab

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 22 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perniagaan yang premis yang membina struktur pepulau di atas tanah rizab milik kerajaan

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yacob berkata ketika ini pepulau dan siarkaki premis perniagaan adalah untuk kegunaan pejalan kaki di hadapan premis namun kebanyakan pepulau itu digunakan oleh pemilik untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

MPKKatanya, untuk itu, MPK akan mengambil tindakan untuk merobohkan mana-mana struktur yang dibina tanpa kelulusan mengikut Seksyen 46 atau Seksyen 69,Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Struktur kekalnya yang dibina tidak mempunyai permit atau kelulusan MPK kerana ia didirikan di atas tanah rezab kerajaan.

“Pada masa yang sama MPK menerima banyak aduan tentang struktur berkenaan antaranya menghalang laluan pejalan kaki dan pandangan pemandu yang berada di persimpangan,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata selain itu, MPK juga akan mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik premis untuk membuat perobohan dalam tempoh dua bulan sehingga 30 September 2014.

“Pemilik premis yang dikenalpasti juga telah dipanggil serta dimaklumkan tentang perkara ini terutama pemilik premis sekitar Bukit Tinggi.

“Pada masa yang sama,mana-mana premis yang tidak dirobohkan selepas tempoh berkenaan,Majlis akan melaksanakan tindakan perobohan dengan mengeluarkan Notis Perobohan di bawah Seksyen 46(1) (d) Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974(Akta 133),” katanya.

Beliau berkata tindakan perobohan akan dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Bangunan,Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.