Categories
NASIONAL

NUFAM: MAS perlu benarkan anak kapal wanita tutup aurat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM) mengulangi gesaannya supaya Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)membenarkan anak kapal wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Kesatuan itu menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

NUFAM dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.

masTuduhan bahawa anak kapal wanita mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga tidak betul dan tidak adil kerana pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

“Kini, tiba masanya isu pakaian seragam hijab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

NUFAM mengulas kenyatan Ahli Parlimen PAS yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat, pada 24 Julai lalu.

masDalam kenyataannya, NUFAM turut menyelar pengguna laman sesawang yang melabelkan anggota krunya sebagai ‘murahan’.

“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat berkenaan kru wanita kami.

“Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.