Categories
SELANGOR

PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral

Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 17 JULAI: Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal PJ Sentral Development (PJ Sentral), di sini.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata pihaknya turut membuat laporan berhubung dakwaan pecah amanah dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Katanya, laporan dibuat berdasarkan pendedahan audit MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. baru-baru ini.

PASMEB“Kita dapati ada skim yang diberi berjumlah lebih RM30,000 tetapi tiada butiran penerima, tidak tahu ke mana dibelanjakan.

“Bagi kes PJ Sentral, kita merasakan terdapat isu tidak jelas dalam penganugerahan kontrak membabitkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Jadi, di sini kita ada sediakan dokumen beserta bukti lebih 30 muka surat untuk penelitian dan tindakan SPRM,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM.

Pada pertengahan Jun lalu, Kerajaan Negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS serta mendapatkan laporan pihak terbabit dalam transaksi projek PJ Sentral.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS yang juga berstatus ADUN.

pj sentralSementara itu, pada awal bulan ini, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah MES.

Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program kebajikan terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.