Categories
SELANGOR

PASMEB: “Ini bukan demokrasi tapi diktator”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 OGOS : Pakatan Anak-anak Selangor yang menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan terus menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memegang jawatan orang nombor satu di negeri itu.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata sokongan itu akan tetap diteruskan walaupun Abdul Khalid menyertai parti lain.

Katanya, sebagai rakyat dan pengundi  mereka mempunyai hak untuk memilih parti yang diinginkan.

Demo sokongan MB di kediaman rasmi mb (1)Beliau bagaimanapun enggan mengulas dan memberi sebarang kenyataan dengan lebih lanjut ekoran menghormati nasihat daripada pihak menteri besar untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan mengadakan aktiviti sementara Majlis Dewan Diraja Selangor berbincang kedudukan jawatan itu esok.

“Atas kesempatan itu, kami dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar, di sini.

PASMEB mula berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar untuk menyatakan solidariti atas pemecatan beliau oleh partinya sendiri.

PASMEB juga dikatakan tidak bersetuju di atas pemecatan itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli PASMEB mula tidak berpuas hati mula mengingatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengimbas semula deklarasi Permatang Pauh 1998.

Demo sokongan MB di kediaman rasmi mb (3)“Kami anak Selangor menyokong Abdul Khalid. Anwar pembelot!

“Anwar perlu imbas kembali 1998 deklarasi Permatang Pauh antaranya melarang, membenci, kronisme, nepotisme dan rasuah.

“Tetapi apa yang jadi sekarang rakyat dimomokkan kerana dana negeri yang banyak. Ini bukan demokrasi tapi diktator,” kata mereka.

Mereka juga berpendapat Abdul Khalid dipecat ekoran perbezaan undi beliau menghampiri undi untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

PASMEB mahu SPRM siasat segera isu projek PJ Sentral

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 OGOS: Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) hari ini menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ketirisan kes projek pembinaan Petaling Jaya Sentral (PJ Sentral) yang melibatkan sebuah syarikat.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring berkata, sebelum ini beliau telah menghantar laporan sama ke pejabat SPRM di Putrajaya namun beliau hanya mendapat makluman berkaitan nombor rujukan kes yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan masih tiada tindakan.

PASMEB“Bentuk ketirisan adalah projek itu melibatkan pembangunan komersil untuk membuat bangunan pejabat baru pada 2007,” katanya kepada media.

Beliau berkata, pada Februari 2013, sebuah syarikat telah mengadakan perjanjian untuk menjual 70 peratus pegangan saham dalam PJ Sentral.

Dalam pada itu beliau turut menjemput Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk mengadakan satu forum berhubung isu penstrukturan semula industri air Selangor.

Selain itu, beliau menepis dakwaan bahawa PASMEB ditaja oleh individu seperti yang didakwa sesetangah pihak menerusi laman sosial.

EZY

Categories
SELANGOR

PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral

Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 17 JULAI: Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal PJ Sentral Development (PJ Sentral), di sini.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata pihaknya turut membuat laporan berhubung dakwaan pecah amanah dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Katanya, laporan dibuat berdasarkan pendedahan audit MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. baru-baru ini.

PASMEB“Kita dapati ada skim yang diberi berjumlah lebih RM30,000 tetapi tiada butiran penerima, tidak tahu ke mana dibelanjakan.

“Bagi kes PJ Sentral, kita merasakan terdapat isu tidak jelas dalam penganugerahan kontrak membabitkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Jadi, di sini kita ada sediakan dokumen beserta bukti lebih 30 muka surat untuk penelitian dan tindakan SPRM,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM.

Pada pertengahan Jun lalu, Kerajaan Negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS serta mendapatkan laporan pihak terbabit dalam transaksi projek PJ Sentral.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS yang juga berstatus ADUN.

pj sentralSementara itu, pada awal bulan ini, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah MES.

Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program kebajikan terbabit.

-NFN-