Categories
NASIONAL

Pakatan: Tragedi MH17 perlu siasatan bebas

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang khas parlimen mengecam tragedi MH17.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR juga komited dalam apa-apa bentuk ketetapan bagi mengutuk tragedi yang disifatkan sebagai satu jenayah pembunuhan beramai-ramai.

malaysia-airlines-boeing-777Katanya, PM perlu menyatakan secara jelas pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan tanpa mengira siapapun mereka.

“Kami juga menyokong penuh usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dan langkah-langkah diambil bagi menjamin siasatan pantas dan bebas.

“Ini sememangnya hari paling menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia dan kami berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif terhadap keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada Jumaat lepas, Najib mengumumkan dalam satu perutusan khas mengumumkan bakal memanggil Sidang Khas Parlimen bagi mengecam tindakan tragedi hitam itu.

Semalam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas parlimen itu akan dibuat pada 23 Julai ini.

Pesawat Malaysian Airlines (MAS), MH17 dipercayai ditembak jatuh ketika melewati ruang udara Timur Ukraine lewat malam Khamis lepas dan mengorbankan 298 orang penumpang dan anak kapal.

Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia.

Kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangam pesawat MH370 nyata mengejutkan dunia dan ini merupakan jumlah korban terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah penerbangan pesawat awam.

Pada Mac lepas, pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar dan masih gagal ditemui sehingga kini selepas operasi pencarian diperluaskan di Selatan Lautan HIndi, didakwa lokasi terakhir pesawat berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.