Categories
SELANGOR

PAS Selangor tidak tahu analisis Dr Zuhdi, jamin kekal bersama PR

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JULAI: PAS Selangor memberi jaminan untuk terus memberikan komitmen dan setia terhadap kerjasama yang terjalin bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam konsesus Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata pandangan yang dibuat Pengarah Operasi Penyelidikkan Pusat PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah berbentuk peribadi beliau yang tidak pernah dibincangkan PAS Selangor.

khairuddin othman“Pas Selangor tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu dan PAS Selangor komited dan setia kepada PR.

“Kami memberi jaminan kepada rakan kongsi dalam PR bahawa PAS Selangor akan kekal setia seperti  pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin juga meluahkan keyakinan beliau berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap PAS Selangor.

dialog zuhdiKatanya, sebelum ini PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang rekod Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau mengalihkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zuhdi dalam kenyataan medianya berkata, kenyataan beliau berhubung isu PAS keluar dari PR seperti yang tersebar baru-baru ini hanyalah respon terhadap permintaan ahli dalam perbincangan kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang mahu beliau mengemukakan semua analisis senario yang ada.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.