Categories
SELANGOR

Penduduk kawasan MBPJ tertinggi anggap Selangor di landasan betul

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JULAI: Penduduk kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah golongan tertinggi berpuas hati dengan dengan hala tuju Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) daripada segi sosial, ekonomi dan politik.

Hal itu berikutan apabila 57 peratus penduduk di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjawab ‘betul’ apabila diajukan soalan ‘sejauh manakah anda rasa bahawa Selangor menuju ke arah yang betul atau tidak betul dari segi sosial, ekonomi dan politik’ dalam kaji selidik yang dijalankan Merdeka Centre bermula 16 Mei hingga 6 Julai lalu.

Berdasarkan soalan sama, 26 peratus responden menjawab ‘tidak betul’, 15 peratus lagi menjawab ‘tidak tahu’ dan satu peratus tiada respon.

logo PBTMajlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula memperoleh 55 peratus responden menganggap ‘betul’, 27 peratus lagi mengatakan ‘tidak betul’, manakala 16 peratus lagi mengatakan tidak tahu dan dua peratus tidak memberi sebarang respon.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pula masing-masing memperoleh 54 peratus responden yang bersetuju mengatakan PBT itu berada dalam landasan betul dan 28 peratus responden menjawab ‘tidak betul’.

Berkongsi tempat keempat dengan peratusan sama, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) apabila 52 peratus responden di kawasan PBT terbabit menganggap Kerajaan Negeri berada dalam landasan betul daripada tiga aspek berkenaan.

pakatan selangorBagi tiga PBT terbabit, 29 peratus responden bagi kawasan MBSA, 26 peratus (MPAJ) dan 32 peratus (MPK) menjawab tidak berada pada landasan betul.

Manakala, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pula, 50 peratus menjawab PBT itu berada pada landasan betul, 31 peratus berkata ‘tidak betul’, 17 peratus tidak tahu dan dua pertus lagi tidak memberi respon.

Kajian yang membabitkan 6,436 penduduk di lapan PBT di Selangor itu memberi kesimpulan bahawa ‘hala tuju dilihat positif dan stabil untuk semua PBT di Selangor’.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.