Categories
NASIONAL

Sokongan Melayu pada Najib susut mendadak

SHAH ALAM, 17 OKT : Tinjauan Kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.

Menurut tinjauan yang dilakukan pada Ogos lalu, sejumlah besar masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan hanya 31 peratus pengundi bangsa itu menyokong berbanding 52 peratus direskodkan pada Januari.

Najib-RMSingapore Straits Time hari ini melaporkan masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan hanya 5 peratus penerimaan pentadbiran Najib, berbanding 11 peratus pada Januari.

Tahap penerimaan kebangsaan susut kepada 23 peratus ketika tinjauan Ogos berbanding 38 peratus pada Januari.

Tinjauan tersebut dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas.

Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17 peratus menyatakan persetujuan mereka selain 78 peratus tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi.

ringgitmalaysiaRasa tidak puas hati rakyat berkisarkan isu kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.

Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini.

Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

-NR-

Categories
NASIONAL

Kajian: Populariti Najib Razak jatuh 44%

SHAH ALAM 28 FEB: Kajian Badan Penyelidik, Merdeka Centre mendedahkan tahap penerimaan rakyat terhadapPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44 peratus pada Januari lepas berbanding 48 peratus pada bulan Oktober 2014.

Ia disebabkan kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik.

unnamedKajian itu juga menyatakan tahap penerimaan terhadap Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38 peratus pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.

Akan tetapi bagi Najib, 46 peratus daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja.

47 peratus yang ditinjau juga merasakan Malaysia “bergerak ke arah yang salah” sementara 39 peratus mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.

Kajian itu mendedahkan hanya 18 peratus responden dari kalangan masyarakat Cina berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

EZY

Categories
SELANGOR

Penduduk kawasan MBPJ tertinggi anggap Selangor di landasan betul

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JULAI: Penduduk kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah golongan tertinggi berpuas hati dengan dengan hala tuju Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) daripada segi sosial, ekonomi dan politik.

Hal itu berikutan apabila 57 peratus penduduk di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjawab ‘betul’ apabila diajukan soalan ‘sejauh manakah anda rasa bahawa Selangor menuju ke arah yang betul atau tidak betul dari segi sosial, ekonomi dan politik’ dalam kaji selidik yang dijalankan Merdeka Centre bermula 16 Mei hingga 6 Julai lalu.

Berdasarkan soalan sama, 26 peratus responden menjawab ‘tidak betul’, 15 peratus lagi menjawab ‘tidak tahu’ dan satu peratus tiada respon.

logo PBTMajlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula memperoleh 55 peratus responden menganggap ‘betul’, 27 peratus lagi mengatakan ‘tidak betul’, manakala 16 peratus lagi mengatakan tidak tahu dan dua peratus tidak memberi sebarang respon.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pula masing-masing memperoleh 54 peratus responden yang bersetuju mengatakan PBT itu berada dalam landasan betul dan 28 peratus responden menjawab ‘tidak betul’.

Berkongsi tempat keempat dengan peratusan sama, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) apabila 52 peratus responden di kawasan PBT terbabit menganggap Kerajaan Negeri berada dalam landasan betul daripada tiga aspek berkenaan.

pakatan selangorBagi tiga PBT terbabit, 29 peratus responden bagi kawasan MBSA, 26 peratus (MPAJ) dan 32 peratus (MPK) menjawab tidak berada pada landasan betul.

Manakala, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pula, 50 peratus menjawab PBT itu berada pada landasan betul, 31 peratus berkata ‘tidak betul’, 17 peratus tidak tahu dan dua pertus lagi tidak memberi respon.

Kajian yang membabitkan 6,436 penduduk di lapan PBT di Selangor itu memberi kesimpulan bahawa ‘hala tuju dilihat positif dan stabil untuk semua PBT di Selangor’.

-NFN-

Categories
NASIONAL

MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, menteri tak hormat pandangan rakyat

SHAH ALAM 23 APRIL: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menghormati pandangan rakyat apabila menolak hasil kaji selidik Merdeka Centre yang mendapati 74 peratus dari 1,029 responden berpendapat Kerajaan Pusat tidak telus mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata tindakan Hishammuddin bertentangan dengan slogan kerajaan yang menyatakan rakyat perlu didahulukan.

“Disebabkan maklumat tidak telus dari kerajaan, pelbagai pihak tampil memberi maklum balas mengenai isu ini.

merdeka center MH370“Hishammuddin tidak boleh tolak pandangan rakyat, sebab dia sendiri pun tak ada maklumat yang sebenar, jadi dia tidak boleh alih perhatian terhadap ketelusan maklumat ini,” katanya dipetik Keadilandaily.

Kaji selidik Merdeka Center yang menunjukkan hanya 26 peratus daripada 1,029 respondan bersetuju Putrajaya boleh dipercayai tentang tragedi penerbangan Malaysian MH370.

Pengarah Merdeka Center Ibrahim Sufian berkata, walaupun Putrajaya melakukan yang terbaik dalam menangani tragedi itu, pelbagai teori dan maklumat yang lambat sampai dari pihak berkaitan punca persepsi negatif ini.

fahmi-PKRKatanya, keputusan kajian menggambarkan pemikiran orang ramai. Walaupun tidak mencerminkan kebenaran, namun ia menggambarkan persepsi berdasarkan maklumat yang mereka peroleh.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyokong kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mendesak Hishammuddin meletak jawatan berikutan ketidaktelusan dalam menguruskan kes kehilangan pesawat itu.

“Dia (Hishamuddin) patut meletak jawatan sebab tak telus urus kes ini, maklumat yang kita dapat pun selalu bercanggah.

“Kenapa tak hormat pandangan rakyat, padahal apa yang rakyat katakan itu adalah berdasarkan kesalahan mereka sendiri.

“Jadi Hishammuddin perlu terima dan tidak seharusnya mengatakan yang pandangan awam tidak boleh dipercayai 100 peratus,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kajian Merdeka Center: 50% tak puas hati cara Kerajaan tangani kehilangan MH370

SHAH ALAM 1 APRIL: Majoriti rakyat menyatakan rasa tidak puas hati ke atas tindakan Kerajaan Pusat dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Dalam satu tinjauan terbaru firma penyelidikan bebas, Merdeka Center menunjukkan 50 peratus daripada 513 responden menyatakan rasa tidak puas hati, manakala hanya 43 peratus yang menyatakan rasa puas hati.

merdeka MH370Menurut tinjauan itu, 50 peratus dari responden tidak berpuas hati dengan pengurusan krisis, manakal 43 peratus lagi berpuas hati.

Pecahan responden berkenaan menunjukkan lebih ramai pengundi dari kaum bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan – 74 peratus dari masyarakat Cina dan 59 peratus pengundi India.

Sebaliknya, 63 peratus pengundi Melayu menyatakan rasa puas hati, berbanding 30 peratus yang tidak berpuas hati dari pecahan sama.

Golongan yang lebih banyak berpuas hati itu pula didapati terdiri dari golongan penjawat awam (53 peratus) dan yang tidak bekerja secara rasmi (50 peratus).

Laporan yang dikeluarkan Merdeka Center dalam tinjauan yang dijalankan dalam tempoh 13 Mac hingga 20 Mac.

merdeka center MH370

EZY

Categories
NASIONAL

Populariti Najib Razak menjunam daripada 62 peratus kepada 52 peratus

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 18 DIS: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata daripada 62 peratus kepada 52 peratus dalam bulan Disember berbanding Ogos tahun ini menurut satu tinjauan terkini oleh Pusat Kajian Merdeka Center.

Merdeka Center berkata tinjauan itu dibuat di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia di antara 4 hingga 12 Disember 2013.

kajian“Masa culaan ini dibuat adalah selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang dijangka bermula pada Januari 2014,” kata Merdeka Center dalam kenyataan medianya.

Data berkenaan merekodkan tahap populariti Najib yang paling rendah sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada September 2009.

Populariti beliau direkodkan paling banyak merosot di kalangan pengundi masyarakat India iaitu sebanyak 19 peratus – 76 peratus pada Ogos lalu dan kini menjunam kepada 57 peratus.

kajian1

 

Bagaimanapun, populariti Najib hanya merosot sedikit di kalangan pengundi tanpa capaian Internet – sebanyak lima peratus sahaja berbanding pengundi tanpa capaian Internet dengan kadar kemersosotan lebih dua kali ganda sebanyak 12 peratus.

Kajian yang sama juga mendapati sebahagian besar responden tidak faham bagaimana GST akan memanfaatkan mereka.kajian2

“Culaan ini mendapati 55 peratus daripada pengundi semenanjung Malaysia melaporkan mereka kurang faham bagaimana GST akan berfungsi dan memberi kesan kepada mereka,” kata kenyataan itu.

Di samping itu, 54 peratus daripada responden juga tidak percaya kepada kenyataan pemimpin kerajaan berkenaan situasi ekonomi negara, menurut Merdeka Center.

 

Categories
SELANGOR

Merdeka Center : Rating Najib Razak Jatuh Lagi Kepada 61 Peratus

Persepsi-PM

SHAH ALAM 26 FEB :  Sokongan pengundi di Semenanjung Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mencatatkan penurunan daripada 65 peratus pada Oktober 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari 2013.

Pada Oktober 2012 lepas, sokongan terhadap Najib Razak pada kedudukan 63 peratus.

“Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan media.

Penyelidik Bebas itu dalam laporan terkini mendapati masyarakat Melayu mencatat peningkatan kemarahan ke atas kerajaan pimpinan Umno-BN itu apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013.

Manakala kemarahan masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.

Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.

Ia jelas menunjukkan petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.

Menurut kajian itu lagi, berlaku penurunan sokongan daripada masyarkat Melayu terhadap Barisan Nasional daripada 66 peratus paPersepsi-BNda Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013.

Justeru, ia dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Kajian tersebut dijalankan antara 23 Januari – 6 Februari 2013 yang melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India.

Pilihan Raya Umum ke-13 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada 28 April ini.

Categories
NASIONAL

Iklan Tidak Dapat Sembunyikan Kepincangan Umno-BN

SHAH ALAM 31 JULAI : Paparan kempen iklan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin banyak melalui media tempatan kebelakangan ini menjadi punca popuralitinya menurun.

Kajian populariti Najib itu dilakukan oleh Merdeka Center, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal itu kerana rakyat kini mempunyai akses maklumat yang lebih baik untuk mengetahui hal sebenarnya.

Katanya, semakin ramai rakyat Malaysia mengetahui kepincangan pentadbiran kerajaan Umno-BN dan mula membangkitkan rasa tidak puas hati mereka.

Beliau berkata Najib kini dalam keadaan terdesak, terutamanya apabila beliau berbelanja besar untuk menaikkan imej dirinya menerusi iklan dan kempen.

“Saya tidak fikir ia akan bawa kesan besar kerana rakyat akhirnya akan melihat dasar pokok yang dibawa parti politik itu sendiri.

“Pada masa sama, semakin ramai juga yang dapat melihat pilihan dan tawaran oleh Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Kaji selidik terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti Najib terus menurun, terutamanya di kalangan orang Melayu dan India.

Sokongan orang Melayu berkurang daripada 79 kepada 75 peratus manakala kaum India pula menurun daripada 72 kepada 69 peratus.

Secara keseluruhan, populariti Najib pada kadar 64 peratus, kurang satu peratus daripada sebelumnya.

Manakala kajian itu menunjukkan sebanyak 44 peratus responden pula tidak berpuas hati dengan kerajaan Umno BN.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Merdeka Center : Populariti Najib Razak Terus Jatuh

SHAH ALAM 26 JULAI : Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.

Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.

Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

“Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media.

Ujar  beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.

“Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga,” kata beliau lagi.

Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa “mereka gembira dengan kerajaan”, penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012.

Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata ‘gembira’ dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012.

“Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka,” katanya.

Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012.

Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus.

Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon.