Categories
SELANGOR

Penduduk terharu tindakan MPKj bersih parit monsun

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 JULAI: Mungkin lambat tetapi melegakan penduduk yang kini gembira dengan tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membersihkan parit monsun yang didakwa terbiar dipenuhi semak samun sejak lebih tiga tahun lalu.

Kawasan sepanjang kira-kira 50 meter itu menimbulkan kebimbangan penduduk ekoran mendatangkan bahaya dengan kemungkinan merebaknya wabak denggi dan pembiakan haiwan liar.

IMG-20140708-WA0018Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Razaly Hasaan, berkata penduduk menyambut baik usaha dijalankan MPKj bagi mengatasi masalah itu dan ia sesuatu yang wajar selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab.

“Penduduk terharu dengan tindakan dibuat MPKJ. Walaupun seharusnya dibuat lama dulu, tetapi bila mereka lihat kawasan itu sudah terang dan bersih, mereka pun gembira.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada MPKj kerana melaksanakan tanggungjawabnya. Kita minta kerjasama ini berterusan dan berharap MPKj dapat menjalankan kerja pembersihan dua kali setahun seperti dipersetujui,” katanya kepada Selangor Kini.

Berhubung isu itu, Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awamnya, Kamarul Izlan Sulaiman dalam kenyataan kepada Selangor Kini berkata, perkara berkenaan di dalam perhatian MPKj dan langkah pencegahan dilakukan demi keselamatan pihak awam.

mpkj“Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj menjalankan lawatan dan pemantauan ke kawasan terbabit pada 13 Jun lalu.

“Kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit monsun sudah dijalankan kontraktor dilantik dan selesai pada 5 Julai lalu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.