Categories
NASIONAL

Pulau Pinang pelawa maklum balas larangan pekerja asing masak di gerai penjaja

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 JULAI: Kerajaan Pulau Pinang mempelawa orang ramai memberi maklum balas berhubung larangan pekerja asing memasak di gerai penjaja.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata ia bagi memastikan perbezaan makanan penjaja akan kekal sama dan mengekalkan rasa Pulau Pinang yang unik.

mahkamah syariah-pinang-guan engKatanya, larangan yang dicadangkan sebelum ini hanya untuk orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan hanya untuk gerai-gerai penjaja, bukannya restoran.

“Kerajaan Pulau Pinang dengan penuh perhatian melindungi penjaja makanan Pulau Pinang yang sedia terkenal.

“Kita bimbang kerana banyak gerai makanan yang terkenal di bandar dan pekan di seluruh Malaysia kini dimasak oleh orang asing dan membawa kepada penurunan dalam rasa dan kualiti,” katanya dalam kenyataan media.

Lim berkata cadangan terbaru dan permintaan itu untuk mendapat maklum balas adalah satu inisiatif untuk memastikan rasa Pulau Pinang yang unik tidak “bermutasi” kepada rasa asing jika pekerja asing dibenarkan untuk memasak di gerai-gerai penjaja.

Sehubungan itu, orang ramai dan penjaja boleh memberi maklum balas mereka kepada dua majlis tempatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), yang akan membuat pengumuman tentang bagaimana untuk mengumpul maklum balas awam.

“Cadangan larangan itu juga selaras dengan peraturan undang-undang yang menyatakan lesen gerai hanya boleh diberikan kepada rakyat Malaysia dan bukannya rakyat asing,” katanya.

Baru-baru ini, Lim mencadang untuk menguatkuasakan larangan yang tidak terpakai bagi pekerja asing yang membantu dalam melayan pelanggan atau kerja-kerja membasuh.

Cadangan ini bertujuan hanya melarang warga asing dari memasak di gerai penjaja tempatan.

Bagaimanapun, Lim berkata pihaknya kesal kerana beberapa media arus perdana telah memutarbelit cadangan terbabit.

Mereka mendakwa bahawa kononnya beliau mahu mengharamkan mereka yang bukan rakyat Pulau Pinang daripada menjadi penjaja di Pulau Pinang atau penjaja tidak boleh mengambil warga asing sebagai pembantu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.