Categories
KENYATAAN MEDIA

Sarung Tangan Save Gaza: Sokongan terhadap pendirian Azizulhasni Awang

Oleh: Ustaz Haji Hasanudin Mohd Yunus

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berbangga dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada penduduk Gaza dengan menayangkan sarung tangan bertulis “Save Gaza” di Sir Chris Hoy Velodrome di Glasgow pada 24 Julai 2014 yang lalu.

Peristiwa yang berlaku selepas acara lumba basikal di Sukan Komenwel 2014 ini hanya merupakan satu luahan sifat kemanusiaan seorang anak muda Malaysia yang prihatin terhadap peristiwa yang sedang berlaku di Gaza, bukannya penyataan politik yang mencemarkan suasana sukan.

azizulhasni_fb_savegazaSebenarnya seluruh dunia termasuk Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung PBB, telah menyuarakan pendirian yang sama terhadap isu-isu di Palestin.

Pendirian seperti ini bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia sukan, bahkan Mesut Ozil, seorang pemain bola sepak Jerman dan kelab Arsenal diberitakan menderma 350,000 British Pound kepada pembedahan untuk 23 orang anak-anak di Brazil.

Pihak penganjur Sukan Komenwel seharusnya bergembira kerana seorang ahli sukan yang muda berani menunjukkan sokongan kepada Gaza atas dasar kemanusiaan seperti yang diluahkan dalam facebooknya, “We all stand as a human”.

IKRAM menyeru semua rakyat Malaysia agar menyokong tindakan Azizulhasni Awang atas keberaniannya menyatakan pendirian secara terbuka. Pihak IKRAM juga mengucapkan terima kasih kepada Commonwealth Games Federation kerana masih membenarkan Azizulhasni mengambil bahagian dalam perlumbaan di Glasgow.

IKRAM juga menyeru pihak chef de mission Malaysia ke Sukan Komenwel 2014 agar memberi segala sokongan moral dan bantuan supaya Azizulhasni dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelumba basikal negara.

* Ustaz Haji Hasanudin Mohd Yunus adalah Timbalan Presiden & Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa, Pertubuhan IKRAM Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.