Categories
NASIONAL

Shamsul, Amiruddin diberi surat tunjuk sebab keluar kenyataan isu MB Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUL: Tiga pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Displin parti itu apabila mengeluarkan kenyataan menyentuh isu berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Antara yang dikenakan surat tunjuk sebab itu adalah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin selepas didapati tidak mengendahkan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa pemimpin parti menghormati kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) dan perkenan Sultan Selangor dalam memilih Menteri Besar.

shamsulMenurut kenyataan media Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, selain Shamsul, turut diberikan surat tunjuk sebab Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang juga Ahli PKR Cabang Kuala Langat, Faekah Husin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Surat tunjuk sebab dikenakan ke atas Faekah dipercayai selepas beliau kali pertama menjawab kenyataan terbuka Shamsul hari ini dan mengingatkan Shamsul supaya tidak mendahului Anwar.

Sementara itu, dalam mesyuarat Biro Politik malam tadi memutuskan ahli PKR Cabang Ampang, Nasharuddin Md Isa dipecat dari parti itu apabila melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1 yang melarang ahli mengheret parti ke Mahkamah atau tindakan dipecat secara automatik boleh dikenakan jika berdegil.

amirudin shariSelain itu, K Nallasamy, N Sathiaseelan, S Vijay Kumar dan A Mohanathas masing-masing dari Cabang Kota Raja turut dipecat apabila didapati terbabit dengan perbuatan kekasaran, menendang dan memecahkan peti undi ketika pemilihan berlangsung.

Seorang lagi, ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Mustapha Mohd Talib pula digantung keanggotaannya selama setahun selepas dituduh mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding dalam pemilihan kali ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.