Categories
NASIONAL

Sukan Komanwel: Malaysia peroleh 3 emas, 5 perak, 4 gangsa

GLASGOW 29 JULAI: Skuad badminton negara berjaya mempertahankan gelaran apabila memenangi pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 dalam final, pagi ini.

Mata kemenangan pasukan di Arena Emirates itu disumbang oleh pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang menumpaskan Sarah Walker 21-16,21-17.

sukanIni adalah emas ketiga berturut-turut untuk skuad badminton Malaysia dalam aksi Sukan Komanwel sejak 2006.

Kejayaan itu juga membantu kontinjen negara mengutip emas ketiga secara keseluruhan setakat ini dan empat lagi untuk menepati sasaran.

Jumlah kutipan pingat kontinjen setakat ini adalah 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa.

Seperti diramal, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David memenangi pingat emas acara perseorangan wanita selepas menewaskan musuh tradisi, Laura Massaro dari England 3-0.

Pemain nombor satu dunia itu memenangi pertarungan di Kampus Sukan Scotstoun dengan 12-10, 11-2, 11-5.

Pemain berusia 30 tahun itu juga berjaya mengotakan janji untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi empat tahun lalu di New Delhi.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.