Categories
SELANGOR

Sultan: Rakyat diseru pelihara kesucian Islam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SEPANG, 17 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak melindungi kesucian agama Islam agar terus terpelihara.

Baginda bertitah, golongan ekstremis, liberalisasi dan pluralisme agama perlu disekat dan dibendung daripada terus berleluasa khususnya di negeri ini.

MB dan Sultan berbuka Majlis berbuka di Majlis Pekan Sepang (1)Oleh itu, titah Baginda Sultan, rakyat disaran mengamalkan agama Islam yang ‘moderate’ berlandaskan kepada fahaman ahli sunnah wal jamaah.

“Dalam pada itu, beta dukacita terdapat kalangan ahli politik dan cerdik pandai tidak melindungi kesucian umat Islam daripada dipermainkan.

“Janganlah jadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik dan tempat mengadakan demonstrasi negatif baik di dalam atau perkarangan masjid,” titah Baginda Sultan.

Beliau bertitah demikian dalam ucapan perasmian Masjid Pekan Sepang pada petang semalam dalam satu majlis berbuka puasa bersama rakyat dan sambutan Nuzul Quran.

Turut mencemar duli ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Dalam majlis sama, baginda Sultan Selsngor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada seramai 345 fakir dan miskin, 150 mualaf dan 130 anak-anak yatim.

Masjid Pekan Sepang mula dibina pada tahun 1999 dengan dibiayai Tan Sri Rashid Hussain (RHB Bank) namun terhenti seketika dan disambung kembali pembinaan pada tahun 2005 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Masjid yang menelan kos melebihi RM5 juta ini akhirnya berjaya disiap dan mula digunapakai pada tahun 2007.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.