Categories
SELANGOR

Sultan Selangor rasmi Masjid Kampung Assam Jawa bernilai RM3 juta

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 24 JULAI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Assam Jawa yang bernilai RM3 juta, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata masjid itu dibina berikutan bangunan masjid asal yang dibangunkan pada 1960 semakin uzur.

MB dan Sultan berbuka puasa di Masjid di Assam Jawa (9)“Pada 2006, disebabkan faktor fizikal masjid yang uzur dan peningkatan ahli kariah serta penduduk sekitar, maka sebuah masjid baru dibina di tapak asal.

“Pembinaan masjid baru ini siap pada 2008 dan terus digunakan hingga ke hari ini,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat

Majlis itu dirasmikan Sultan Sharafuddin dengan diiringi anakanda baginda dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MB dan Sultan berbuka puasa di Masjid di Assam Jawa (7)Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baru di kariah berkenaan.

Seramai 375 orang asnaf fakir dan miskin serta 150 asnaf muallaf menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), manakala MAIS pula menghulurkan sumbangan kepada 158 anak yatim.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.