Categories
NASIONAL

MH17: 1,000 sambut ketibaan kumpulan mayat pertama di Belanda

KHARKIV, 24 JULAI: Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu.

Tentera Belanda yang berpakaian rasmi lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di Lapangan Terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir.

Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terbabit bagi menyambut ketibaan pesawat itu.

mhSementara itu, proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat berkenaan dijangka selesai menjelang 25 Julai ini.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohd Sakri Hussain, berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku, pada 23 Julai lalu.

Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda.

Empat gerabak itu dibawa dengan kapal pada 22 Julai lalu ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dan tiba dua hari lalu.

Sementara itu, Badan Penerbangan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan perakam suara kokpit pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine adalah dalam keadaan baik.

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANEPegawai dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpejabat di Montreal membantu pihak berkuasa Ukraine dan Belanda menyiasat nahas itu.

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa terhadap nahas itu, sebelum ini berkata tidak ada bukti perakam suara itu diusik.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpurterhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.