Categories
NASIONAL

UMCEDEL: Prof Redzuan sahkan dipecat, nafi letak jawatan

SHAH ALAM, 5 JUL : Profesor Datuk Dr Redzuan Othman hari ini menafikan beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), sebaliknya mengesahkan ipecat walaupun kontraknya belum tamat.

Memetik portal The Malaysian Insider, Redzuan berkata, kontraknya akan tamat hujung tahun ini dan bukannya kerana beliau akan bersara tahun depan seperti yang digembar-gemburkan.

Katanya, beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah UMCEDEL pada 28 Disember 2013 bagi tempoh 2 Januari hingga 31 Disember ini.

prof redzuan“Kontrak saya sebagai Pengarah UMCEDEL tamat hujung tahun ini. Saya belum bersara lagi (waktu itu).

“Pada 30 Mac 2014, saya terima surat bahawa jawatan saya digantikan dengan Dr Amer (Saifude Ghazali),” katanya.

Terdahulu, Redzuan dalam satu kenyataan rasmi UM dipetik sebagai berkata “Alasan yang diberikan adalah sebab saya akan bersara tahun depan. Tetapi jawatan (Pengarah UMCEDEL) tamat pada 31 Disember 2014, saya belum bersara lagi.”

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah beliau ditekan untuk meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan sebelum ini, Redzuan berkata, beliau tidak tahu untuk mentafsir maklumat berkenaan.

Katanya, sebagai kakitangan kerajaan, kuasa melantik adalah termaktub di bawah pengurusan UM.

“Orang lain dilantik dan saya ditamatkan khidmat. Saya tidak pasti apa kategorinya,” katanya.

UMCEDELBaru-baru ini, Redzuan juga tidak dilanjutkan khidmatnya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) walaupun dilaporkan mendapat undian tertinggi di kalangan kakitangan akademik fakulti itu untuk terus menjawat jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Redzuan berkata, beliau akan terus memberikan khidmatnya termasuk kepada UMCEDEL walaupun tidak lagi menjadi pengarah di situ jika diperlukan.

“Saya akan terus memberikan khidmat kepada UMCEDEL jika diperlukan, walaupun bukan sebagai pengarah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.