Categories
NASIONAL

UMCEDEL: Prof Redzuan sahkan dipecat, nafi letak jawatan

SHAH ALAM, 5 JUL : Profesor Datuk Dr Redzuan Othman hari ini menafikan beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), sebaliknya mengesahkan ipecat walaupun kontraknya belum tamat.

Memetik portal The Malaysian Insider, Redzuan berkata, kontraknya akan tamat hujung tahun ini dan bukannya kerana beliau akan bersara tahun depan seperti yang digembar-gemburkan.

Katanya, beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah UMCEDEL pada 28 Disember 2013 bagi tempoh 2 Januari hingga 31 Disember ini.

prof redzuan“Kontrak saya sebagai Pengarah UMCEDEL tamat hujung tahun ini. Saya belum bersara lagi (waktu itu).

“Pada 30 Mac 2014, saya terima surat bahawa jawatan saya digantikan dengan Dr Amer (Saifude Ghazali),” katanya.

Terdahulu, Redzuan dalam satu kenyataan rasmi UM dipetik sebagai berkata “Alasan yang diberikan adalah sebab saya akan bersara tahun depan. Tetapi jawatan (Pengarah UMCEDEL) tamat pada 31 Disember 2014, saya belum bersara lagi.”

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah beliau ditekan untuk meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan sebelum ini, Redzuan berkata, beliau tidak tahu untuk mentafsir maklumat berkenaan.

Katanya, sebagai kakitangan kerajaan, kuasa melantik adalah termaktub di bawah pengurusan UM.

“Orang lain dilantik dan saya ditamatkan khidmat. Saya tidak pasti apa kategorinya,” katanya.

UMCEDELBaru-baru ini, Redzuan juga tidak dilanjutkan khidmatnya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) walaupun dilaporkan mendapat undian tertinggi di kalangan kakitangan akademik fakulti itu untuk terus menjawat jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Redzuan berkata, beliau akan terus memberikan khidmatnya termasuk kepada UMCEDEL walaupun tidak lagi menjadi pengarah di situ jika diperlukan.

“Saya akan terus memberikan khidmat kepada UMCEDEL jika diperlukan, walaupun bukan sebagai pengarah,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Isu Prof Redzuan: Satu lagi jenayah akademik, Kerajaan BN gagal martabat universiti

SHAH ALAM 1 JULAI : Pimpinan Pakatan Rakyat Johor mengecam tindakan arahan supaya Prof. Datuk Redzuan Othman meletakkan jawatan pengarah di Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMcedel) yang disifatkan satu lagi jenayah akademik di negara ini.

Dalam satu kenyataan media bersama Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Steven Chong berkata, tindakan it memperlihatkan campur tangan politik masih berlaku di pusat pengajian tinggi sekalipun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda.

Prof Redzuan OthmanKata mereka Pakatan Rakyat mendesak agar keadilan sewajarnya bertunjangkan prinsip kebebasan akademik diberikan kepada Prof Datuk Redzuan Othman.

“Ini bukan kali pertama kerajaan pimpinan Umno BN bertindak mencabul kebebasan akademik sebagai institusi yang seharusnya bebas dalam menjalankan kajian dan penyelidikan akademik demi kebaikan negara,” katanya.

Tambah mereka, tindakan pemecatan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Prof. Dr Abdul Aziz Bari pada tahun lalu juga turut mencemarkan imej universiti tempatan sebagai institusi ilmu yang seharusnya bebas dari pengaruh politik.

“Untuk mewujudkan Malaysia lebih demokratik, proses pendemokrasian dalam sistem pendidikan merupakan salah satu elemen penyumbang yang terpenting,” katanya.

Katanya, itu juga menjadikan universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu akan menemui kegagalan.

“Didesak agar menteri di Kementerian Pelajaran memberikan penjelasan serta komitmen yang serius dalam memastikan isu ini dapat ditangani seadilnya,” katanya.
EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Anwar: Pemecatan Prof Redzuan mengecewakan, tidak wajar

Oleh: DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Berita pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan UMNO. Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap UMNO-BN. Penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap UMNO apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu. Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan.

Amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani.

Saya ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru ini bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi.

# Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum PKR