Categories
NASIONAL

Baik kerajaan hapus GST bukan tutup Facebook

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 OGOS: Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung cadangan Kerajaan Pusat untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook.

Tinjauan Selangor Kini mendapati ada yang menyokong, namun ramai membantah dan ada juga mencadangkan laman sosial alternatif disediakan.

Facebook“Lebih baik cadangkan kabinet berkeras tutup pusat aktiviti judi dan pusat hiburan yg ‘serve arak’,” kata Eric Draven.

“Ramai sokong GST dihapuskan, kerajaan nak hapuskan ke tak,” soal Rizal Rodzuan.

“Nak tutup boleh, tapi mesti digantikan dengan satu aplikasi lain yg seakan Facebook ni supaya senang kita mengikuti perkembangan dunia terutama isu palestin dan isu-isu semasa,” cadang Haswandy Mahuddin pula.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Chee,k berkata Kerajaan Pusat sedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran aduan penyalahgunaan laman berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Shabery bagaimanapun berkata, jumlah aduan aduan yang diterima sekitar 2,000 sahaja berbanding jumlah akaun di negara ini yang mencecah angka 15 juta.

tutupFB2“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat perkara itu tetapi ia satu pendekatan yang radikal.

“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun, aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik”, katanya dipetik Bernama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.