Categories
SELANGOR

‘Dokumen Sulit Langkah Kajang’ rekaan Umno pecah belahkan PR

SHAH ALAM, 20 OGOS: Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan penyebaran ‘dokumen sulit’ Langkah Kajang yang didakwa punca kemelut isu Menteri Besar Selangor.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata pendokong Pakatan Rakyat (PR) perlu berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan.

LangkahKatanya, sebelum ini sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat untuk menimbulkan kemarahan.

“Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan.

“Saya terkejut melihat mereka yang cenderong kepada PR turut sama menyebarkan perkara ini seakan mereka tidak menapis dahulu kesahihannya,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata , adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen, bahkan ia juga  banyak menimbulkan keraguan dan seharusnya jelas lebih awal bahawa itu dokumen palsu.

Katanya, penulis itu tidak berapa mahir dengan bahasa Inggeris kerana jika itu dokumen sulit, seharusnya ditulis “P&C” bukan “Eyes Only”

RafiziRafizi berkata, penulis itu juga seperti keliru antara ISIS dan ISIL kerana ISIS adalah ‘think tank’ yang menyokong kerajaan.

rafizi 01“Semua yang tahu politik dalam PKR tahu bahawa Azrul Azwar adalah pegawai Tan Sri Khalid.

“Dan tidak masuk akal pegawai khas MB yang juga penyokong kuat merancang strategi sulit mahu menukar MB? Azrul Azwar ukan lagi di dalam Institut Rakyat, semua orang dalam PKR tahu perkara ini kecuali ditulis blogger Umno,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.