Categories
SELANGOR

Exco PAS Selangor laksana tugas seperti biasa bawah pimpinan Abdul Khalid

SHAH ALAM, 11 OGOS: Empat Exco PAS Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri masih wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

yunus exco pc tie red 01“Kerajaan masih ada, jadi mereka perlu menjalankan tugas seperti biasa sehingga ada keputusan baru,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid, pada 9 Ogos lalu.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad (ADUN Chempaka); Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak); Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali (ADUN Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (ADUN Sijangkang).

mustafa aliSementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat  (PR) dan menangani krisis itu secara berhemah, cermat serta  bijaksana bersama kepimpinan PR yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.