Categories
NASIONAL

Ratusan laman web kerajaan Israel digodam protes kezaliman

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 6 OGOS: Hackers atau penggodam yang hanya dikenali sebagai “Anonymous” dilaporkan telah melancarkan serangan terhadap laman sesawang kerajaan Israel susulan kekejaman tentera zionis ke atas penduduk Palestin hingga mengorbankan ribuan nyawa sejak Julai lalu.

Menurut portal The Huffington Post UK, penggodam itu didapati menggodam beratus-ratus portal, termasuk yang dikendalikan oleh Mossad dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

10534620_10204321406336032_6796546189712470036_nSelain itu, penggodam terbabit turut mendakwa telah menggodam beberapa laman sesawang milik Israel antaranya Kementerian Kehakiman, portal Arkib negeri, termasuk agensi pengiklanan negara.

Pihak yang melakukan tindakan berkenaan turut memberi amaran akan melancarkan lebih banyak serangan ke atas laman sesawang Kerajaan Israel sebagai tanda ‘balas dendam’ terhadap serangan Israel di Gaza.

Penggodam itu turut mendakwa telah membocorkan maklumat peribadi kira-kira 70,000 pengguna yang mendaftar di laman sesawang pencari kerja di zerem.co.il milik kerajaan Israel.

Serangan penggodaman dilaporkan bermula hujung minggu lalu, dengan penggodam terbabit mendakwa ia dilakukan melalui “keselamatan siber kompleks”.

Seorang jurucakap penggodam berkenaan memberitahu The Huffington Post UK melalui Twitter bahawa tindakan itu dilakukan demi Palestin dan Israel perlu bertanggungjawab terhadap kekejaman ke atas rakyat Palestin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.