Categories
SELANGOR

Isu Pusat Komuniti Belia dan Sukan Taman Kasih akan dibawa ke MPKj

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAJANG, 9 OGOS: Rancangan pembinaan Pusat Komuniti Belia dan Sukan di Taman Kasih, Sungai Sikamat , di sini  dalam perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata, perkara itu akan dipanjangkan kepada ahli majlis untuk dibawa ke peringkat pimpinan tertinggi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Permohonan itu dinyatakan wakil Kelab Sukan Sekasih yang mengunjungi Wan Azizah di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang, pada 5 Ogos lalu.

MB Sukan PKNS 03“Mereka merancang pembinaan Pusat Komuniti Belia dan Sukan di Taman Kasih, Sungai Sikamat, Kajang. Kak Wan minta Ahli Majlis Zon 7, Dr Zainon untuk memeriksa status tanah dan bincang cadangan pembinaan pusat komuniti dengan Datuk Nidzam, MPKj,” katanya melalui laman sosial facebook.

Beliau berkata, pembangunan belia bagi melaksanakan manifesto untuk anak muda di DUN itu antara isu yang akan diambil perhatian.

Katanya, perkara itu sedia digerakkan dalam waktu terdekat memandangkan peruntukan untuk pelaksanaannya sudah tersedia.

azizah“Peruntukan itu disediakan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan MPKj,” katanya.

Sebelum ini, Wan Azizah dalam Manifesto Pilihan Raya Kecil Kajang menyentuh empat teras utama meliputi pembangunan anak muda dan usahawan kecil, banteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, pembangunan penyelenggaraan perbandaran dan kesesakan lalu lintas.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.