Categories
SELANGOR

Jerebu: IPU Lembah Klang bertambah baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 OGOS: Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri bertambah baik apabila mencatatkan bacaan baik.

Bagaimanapun, hanya Pelabuhan Kelang masih berada di tahap sederhana dengan bacaan IPU 64 pada 10 pagi tadi.

jerebuMenurut Laman Sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat daerah lain, Banting (27), Kuala Selangor (45), Petaling Jaya (50) dan Shah Alam (46).

Manakala Wilayah Persekutuan, Batu Muda (61).

Rata-rata kawasan dan negeri yang mencatatkan bacaan sederhana semalam kebanyakkannya sudah berada di tahap baik.

Antaranya, negeri Sembilan, Nilai dan Kuantan.

Selain itu, negeri lain yang masih mencatatkan IPU sederhana antaranya Ipoh (52) dan Taiping (65)

Bagi kawasan lain pula Perai (61), Seberang Jaya (67) dan USM (65).

Bagi Sabah dan Sarawak pula, di Miri (55), Kuching (56) dan Samarahan (66).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.